MatchPoint Times

Home

16 ditahan SPRM berkait kes e-waste haram

Cover Image for 16 ditahan SPRM berkait kes e-waste haram

Mereka ditahan SPRM dalam operasi bersama Jabatan Imigresen dan Jabatan Alam Sekitar melibatkan serbuan ke atas 12 kilang di sekitar Selangor dan Johor hari ini.

PETALING JAYA: 16 individu termasuk pemilik syarikat dan pegawai dagang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat merasuah penguat kuasa berhubung kes pemprosesan dan pelupusan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) secara haram.

Timbalan Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Ahmad Khusairi Yahaya, berkata satu operasi bersepadu dijalankan bersama Jabatan Imigresen dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) melibatkan serbuan ke atas 12 kilang di sekitar Selangor dan Johor, hari ini.

Beliau berkata, kilang tersebut disyaki terlibat dalam pemprosesan dan pelupusan e-waste yang tidak dibenarkan, termasuk gentian kaca, plastik, besi dan logam.

Tags:e-wastekilangpegawai dagangpemilik syarikatserbuanSPRMTahan


2 kekal bebas tuduhan tipu edar sarung tangan getah lebih RM1 juta

Hakim membuat keputusan itu selepas timbalan pendakwa raya memaklumkan pihaknya ingin menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen lepas dan bebas dua tertuduh.

🟡Bernama

Court gives ex-wife control over 2 frozen embryos, with conditions

The High Court says there is an urgent need for legislative intervention regarding embryo protection and assisted reproductive technology.

🟡V Anbalagan