PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan 17 daripada 46 projek berstatus lewat yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 3/2025 Siri 3 berjaya disiapkan.
Menurut KPM, 19 lagi projek dalam pelbagai status dan 10 projek lagi masih kekal berstatus lewat.
“(Daripada) 19 projek (itu) tiga projek Dahulu Jadual (DJ), lapan projek Ikut Jadual (IJ), tiga projek Lewat Jadual (LJ) dan lima projek tender semula,” katanya dalam satu kenyataan.