PETALING JAYA: Lebih 2.5 juta peminjam telah mula membayar balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) setakat Ogos, kata Kementerian Pendidikan Tinggi.
Katanya, secara kumulatif, setakat 31 Ogos, kira-kira 2.98 juta peminjam telah patut mula membayar tempoh membayar balik pinjaman, dengan jumlah keseluruhan dijangka dikutip sebanyak RM36.42 bilion.
“Daripada jumlah tersebut, 2.53 juta peminjam telah dan sedang membuat bayaran balik pinjaman mereka berjumlah RM25.25 bilion,” katanya dalam jawapan bertulis Parlimen.