PETALING JAYA: Kepimpinan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Liawan bertindak keluar parti bagi menyatakan sokongan kepada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berlandaskan prinsip, keikhlasan dan taat setia kepada kepimpinan peringkat kawasan.
The Borneo Post melaporkan timbalan ketua bahagian Ramanus Michael memaklumkan keputusan itu dicapai selepas pertimbangan teliti terhadap hala tuju politik semasa selain mengiktiraf kepimpinan Adun Liawan Annuar Ayub.
Michael berkata, kesemua ahli jawatankuasa bahagian bersepakat untuk teguh di belakang Annuar, yang disifatkan sebagai pemimpin yang telah ‘mempamerkan keikhlasan, kerja yang terbukti, dan wawasan yang jelas demi masa depan Liawan’.