PETALING JAYA: Dua kanak-kanak berusia 12 dan 14 tahun dikhuatiri hanyut selepas terjatuh ke dalam longkang ketika cuba mengambil bola di Taman Prima Saujana, petang tadi.
Pusat Gerakan Operasi Bomba Selangor menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 6.32 petang, sebelum tiba di lokasi tujuh minit kemudian.
Komander Operasi Abdul Naseer Abd Rahim berkata bomba menerima maklumat awal bahawa kedua-dua mangsa hanyut dibawa arus deras selepas masuk ke dalam longkang untuk mengambil bola.
