KUALA LUMPUR: Kementerian Kerja Raya (KKR) menganggarkan sebanyak RM327.8 juta diperlukan setakat ini bagi membaiki kerosakan infrastruktur awam yang terjejas akibat Monsun Timur Laut (MTL).
Menteri Kerja Raya Alexander Nanta Linggi berkata daripada jumlah itu, RM225.9 juta diperlukan untuk kerja membaiki jalan raya, RM47.4 juta pembaikan komponen bukan turapan di jalan Persekutuan manakala kira-kira RM54.5 juta pembaikan cerun runtuh.
Beliau berkata angka itu berdasarkan laporan kerosakan semasa dan berkemungkinan meningkat sekiranya terdapat laporan baharu.
