BANGKOK: Dua anggota tentera cedera dalam kejadian letupan bom di landasan kereta api berhampiran Stesen Maruebo di wilayah Narathiwat pada pagi tadi.
Insiden turut menjejaskan perkhidmatan dua kereta api tempatan.
Menurut kenyataan Keretapi Negeri Thailand (SRT) kejadian berlaku pada 6.33 pagi berhampiran suis landasan selatan stesen berkenaan.
