MatchPoint Times

Home

3 ditahan, polis rampas syabu RM4.66 juta

Cover Image for 3 ditahan, polis rampas syabu RM4.66 juta

Suspek termasuk warga Indonesia itu ditahan di sebuah pusat beli-belah di Jalan Kuchai Lama dalam operasi pada Khamis lalu.

KUALA LUMPUR: Polis berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah di Lembah Klang dengan penahanan tiga individu dan merampas 145.68kg syabu bernilai RM4.66 juta dalam operasi pada Khamis.

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Mohamed Usuf Jan Mohamad, berkata ketiga-tiga lelaki termasuk seorang warga Indonesia berusia 32 hingga 61 tahun ditahan di sebuah pusat beli-belah di Jalan Kuchai Lama di sini pada 5.40 petang.

Beliau berkata pemeriksaan terhadap kereta milik suspek rakyat tempatan berjaya menemukan 10.34kg syabu yang disembunyikan dalam beg kain di bahagian but kereta.

Tags:DadahditahanIndonesiarampasansyabu


Guru ditumbuk, polis tahan remaja 14 tahun bantu siasatan

Pelajar lelaki itu ditahan susulan laporan guru berusia 29 tahun mengenai kejadian berlaku di sekolah menengah di Kajang.

🟡FMT Reporters

Student detained for allegedly punching, threatening teacher

The 14-year-old boy was upset after the teacher reprimanded him for skipping a physical education class.

🟡Bernama