KUALA LUMPUR: Polis menahan empat pelajar lelaki berusia 13 tahun bagi membantu siasatan rakan sekelas mereka dipukul di sebuah pusat beli-belah di Kajang.
Ketua Polis Kajang, Naazron Abdul Yusof, berkata pihaknya menerima laporan daripada mangsa yang juga pelajar Tingkatan Satu sebuah sekolah menengah di daerah itu pada 12.57 tengah hari semalam.
Menurutnya, hasil siasatan mendapati kejadian berlaku kira-kira 11 pagi 30 Julai lalu, apabila pengadu dan rakan sekelasnya ke pusat beli-belah terbabit untuk membincangkan rasa tidak puas hati rakan sekelas terhadap pengadu.