MatchPoint Times

Home

400 ditahan di Bangsar South dipercayai sindiket penipuan pusat panggilan

Cover Image for 400 ditahan di Bangsar South dipercayai sindiket penipuan pusat panggilan

Ketua Polis Kuala Lumpur Fadil Marsus berkata satu sidang media khas mengenai serbuan itu akan diadakan dalam masa terdekat.

PETALING JAYA: Polis menahan 400 individu yang didakwa terbabit dengan sindiket penipuan pusat panggilan susulan serbuan besar-besaran di sebuah pejabat di Bangsar South, Kuala Lumpur pada Selasa lalu.

Ketua polis Kuala Lumpur Fadil Marsus mengesahkan serbuan dan tangkapan itu namun enggan mengulas lanjut ketika ditanya wartawan pada sidang media di IPK Kuala Lumpur hari ini, lapor Berita Harian.

“Siasatan masih berjalan memandangkan tangkapan dilakukan begitu ramai. Satu sidang media khas akan diadakan dalam masa terdekat,” katanya.

Tags:Bangsar SouthperjudiaanPolispusat panggilanserbuansindiket penipuan


Keputusan menteri kewangan kini boleh dicabar, Dewan Rakyat diberitahu

RUU Perolehan Kerajaan perkenal mekanisme semak dan imbang lebih kukuh bagi mengehadkan kuasa menteri kewangan.

🟡Bernama

New coroner to hear Zara’s death inquest

Sabah court director Azreena Aziz has recused herself from hearing the case as she lives in Papar.

🟡FMT Reporters