PETALING JAYA: Enam individu telah dilantik sebagai ahli Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) bagi tempoh tiga tahun bermula 15 Julai.
SPRM dalam kenyataan berkata pelantikan mereka dibuat oleh perkenan Yang di-Pertuan Agong atas nasihat perdana menteri mengikut Seksyen 13 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.
Mereka yang dilantik termasuk bekas ketua pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) Yusof Ismail, dan Presiden Persatuan Pemeriksa Fraud Bertauliah Akhbar Satar.