PETALING JAYA: Polis sudah menahan seorang lelaki berusia 24 tahun disyaki menyerang seorang pemandu semasa menuruni Genting Highlands di KM10.3, Ahad lalu.
Ketua Polis Bentong Zaiham Kahar, berkata kejadian berlaku sekitar 9 pagi ketika mangsa dalam perjalanan pulang dari Genting Highlands ke rumahnya di Subang Jaya.
Beliau berkata, suspek memandu kereta Honda City memandu secara berbahaya di Jalan Genting Highlands, termasuk kerap membrek secara mengejut dan menghalang laluan mangsa.