MatchPoint Times

Home

6 ditahan dalam serbuan lombong emas haram

Cover Image for 6 ditahan dalam serbuan lombong emas haram

Pelbagai peralatan dan jentera dianggarkan berjumlah RM1.14 juta turut dirampas.

PETALING JAYA: Enam lelaki termasuk lima warga Indonesia ditahan dalam serbuan sebuah lombong emas haram di Kampung Bolok, Temerloh, Sabtu lalu.

Komander Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara, Ahmad Radzi Hussain, berkata pelbagai peralatan dan jentera dianggarkan berjumlah RM1.14 juta turut dirampas Batalion 7 PGA bersama Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) dalam Op Bersepadu Khazanah kira-kira 8 pagi itu.

Beliau berkata, seorang lelaki 35 tahun berasal dari Mentakab, Temerloh yang dipercayai pengusaha lombong haram itu ditahan bersama lima pekerja warga Indonesia berusia 25 dan 38 tahun.

Tags:ditahanlombong emas haramPGA Briged TenggaraTemerloh


Starbucks Malaysia operator sees business rebound after boycotts

Berjaya Food’s first-quarter results show a net loss more than halved to RM14.8 million year-on-year, with revenue up 3.3%.

🟡Bloomberg

Pemimpin KDMR gesa rakyat bersatu, tapi dorong perpecahan politik, kata aktivis

Seorang aktivis akar umbi berkata Kadazandusun Murut Rungus bersatu dalam aspirasi mereka, tetapi berpecah akibat perpecahan politik selama bertahun-tahun.

🟡Nicholas Chung