GEORGE TOWN: Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mengarahkan empat premis perniagaan ditutup kerana penemuan hurungan dan najis tikus di dapur serta di rak penjualan bahan makanan, dalam operasi kebersihan pada Selasa lepas.
Menurut kenyataan hari ini, tiga restoran dan satu kedai runcit itu diarah tutup hingga 4 Ogos depan mengikut Undang-Undang Kecil 38 (1), Undang-Undang Kecil (Establisymen Makanan) MPPP 1991.
“MBPP menerusi Jabatan Pelesenan telah mengadakan Operasi Kebersihan dengan membuat pemeriksaan mengejut di lima premis perniagaan makanan di sekitar daerah Timur Laut.