PETALING JAYA: Seorang wartawan penyiasat mempersoalkan sama ada Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail menuduhnya dan seorang lagi wartawan berbohong selepas mereka melaporkan ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho kini menetap di Shanghai, China.
“Adakah beliau kata kami menipu?” kata Tom Wright dalam hantaran di X.
Beliau merujuk kenyataan Saifuddin hari ini, polis tidak menerima sebarang bukti sahih dakwaan Low, atau lebih dikenali sebagai Jho Low, menetap di China menggunakan pasport palsu Australia.