KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan dalam perbicaraan projek terowong dasar laut Lim Guan Eng memberitahu menyerahkan satu beg berisi wang tunai RM1 juta kepada ketua menteri Pulau Pinang ketika itu, dalam suatu pertemuan sembilan tahun lalu.
G Gnanaraja berkata, dia bertemu Lim buat kali pertama pada 20 Ogos 2017, dalam sebuah kereta dipandu seorang lagi ahli perniagaan, Zarul Ahmad Zulkifli, yang juga merupakan seorang lagi saksi utama pendakwaan dalam perbicaraan itu.
Gnanaraja menegaskan beg berisi RM1 juta tersebut diserahkan kepada Lim atas arahan Zarul.
