MatchPoint Times

Home

Ahmad Redza dilantik pengerusi baharu KTMB

Cover Image for Ahmad Redza dilantik pengerusi baharu KTMB

KTMB berkata pihaknya yakin pelantikan itu dapat merancakkan transformasi korporat KTMB ke arah masa depan yang lebih progresif dan mampan.

KUALA LUMPUR: Pengasas bersama firma guaman tersohor Messrs Shahrizat Rashid & Lee Ahmad Redza Abdullah diumumkan sebagai pengerusi baharu Lembaga Pengarah Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berkuat kuasa Ogos 2025.

Menurut kenyataan KTMB hari ini, pihaknya yakin dengan pengalaman dimiliki Ahmad Redza lebih tiga dekad dalam menangani kes-kes litigasi berprofil tinggi serta nasihat korporat strategik, beliau mampu memperkukuh landskap tadbir urus dan merancakkan transformasi korporat KTMB ke arah masa depan yang lebih progresif dan mampan.

“Pelantikan itu disambut baik oleh seluruh lembaga pengarah, pengurusan kanan dan warga kerja KTMB, memandangkan kredibiliti serta rekod cemerlang Ahmad Redza dalam bidang perundangan dan korporat,” menurut kenyataan itu.

Tags:Ahmad Redza AbdullahKTMBpelantikanpengerusi


20 years, 12 strokes for raping daughter while wife was giving birth

The incident took place at the family’s home in Semporna on Aug 12, 2014.

🟡FMT Reporters

Dakwa RMK13 ketepi Bumiputera, Awang tandus idea, kata Fahmi

Jurucakap kerajaan perpaduan berkata, inisiatif Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 akan digunakan sebagai dokumen dasar dalam RMK13.

🟡Chia Wan Rou