PETALING JAYA: Pemuda Bersatu menolak dakwaan kerajaan Sarawak bahawa Petronas Carigali Sdn Bhd beroperasi secara haram di Miri Crude Oil Terminal (MCOT).
Exconya Na’im Brundage berkata, dakwaan itu tidak berasas dan bercanggah undang-undang sedia ada.
“Akta Pembangunan Petroleum 1974 dengan jelas telah memberikan hak eksklusif kepada Petronas untuk mengawal selia semua aktiviti berkaitan petroleum di Malaysia, termasuk di Sarawak.