PETALING JAYA: Seramai 20 pegawai tentera udara dikenal pasti terlibat secara langsung dalam aktiviti tidak bermoral, kata Panglima Tentera Udara Norazlan Aris.
Norazlan berkata, tindakan mereka yang didakwa berlaku di Pangkalan Udara Subang melanggar perintah, direktif, dan peraturan tentera.
“Tentera udara akan memastikan pelaku dibicara dan diadili menurut lunas dan peruntukan perundangan angkatan tentera. Perlu ditegaskan, budaya tidak sihat tersebut bukanlah suatu amalan bagi tentera udara.
