MatchPoint Times

Home

Analisis kos-manfaat perjanjian AS, bentang kajian di Parlimen

Cover Image for Analisis kos-manfaat perjanjian AS, bentang kajian di Parlimen

Bekas Ahli Parlimen Klang Charles Santiago berkata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri harus menilai semula kesan perjanjian itu terhadap ekonomi, pekerjaan, PKS dan kos penjagaan kesihatan.

PETALING JAYA: Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri perlu menjalankan analisis kos-manfaat menyeluruh terhadap Perjanjian Perdagangan Timbal Balik (ART) antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) serta membentangkan dapatannya di Parlimen, kata bekas Ahli Parlimen Klang Charles Santiago.

Santiago berkata satu kajian berkepentingan nasional mesti dilaksanakan dan merangkumi penilaian kesan ekonomi dan sosial secara bab demi bab, termasuk pertambahan dan kehilangan pekerjaan, kesan terhadap harga ubat-ubatan dan kos penjagaan kesihatan, implikasi kepada perniagaan Bumiputera dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan serta industri halal.

Beliau berkata kajian itu juga perlu menilai kehilangan hasil tarif, kesan pengagihan merentasi sektor dan kumpulan masyarakat serta sebarang perubahan undang-undang dan peraturan domestik yang diperlukan, termasuk penjajaran dengan undang-undang dan piawaian AS.

Tags:analisisartCharles SantiagokosmanfaatParlimenperjanjian


Elise Stefanik, loyal Trump ally, ends New York  governor bid and will leave politics

The US representative led efforts to expose how elite US colleges responded to campus protests over the Gaza war.

🟡Reuters

Final Jelajah Dunia 2025: Cabaran Pearly-Thinaah berakhir di separuh akhir

Pasangan beregu wanita utama negara tewas 19-21, 13-21 kepada pasangan Jepun Yuki Fukushima-Mayu Matsumoto.

🟡Bernama