PETALING JAYA: Bekas presiden dan ketua pegawai eksekutif (CEO) 1MDB Arul Kanda Kandasamy sedang berusaha mendapatkan akses kepada perjanjian penyelesaian antara Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat dengan ahli perniagaan yang sedang diburu, Low Taek Jho (Jho Low).
Menerusi afidavit yang difailkan bagi menyokong permohonannya, Arul berkata, akses kepada perjanjian pada 2019 dan 2024 itu adalah mustahak untuk pembelaan dirinya dalam saman bernilai USD6.59 bilion yang difailkan 1MDB terhadapnya dan bekas ketua setiausaha Perbendaharaan Irwan Serigar Abdullah.
Menurut laporan The Edge, beliau turut memohon penyata akaun terkini dana yang diperoleh semula oleh Putrajaya, Perbendaharaan dan 1MDB hasil pelbagai penyelesaian serta tindakan undang-undang.