PUTRAJAYA: Menteri-menteri luar Asean menyambut baik gencatan senjata antara Israel dan Iran, sambil menggesa semua pihak mematuhi perjanjian itu dan mengelak berulangnya konflik di Timur Tengah.
Dalam kenyataan pada Khamis, para menteri menzahirkan kebimbangan terhadap peningkatan ketegangan di Timur Tengah sejak 13 Jun.
Gencatan senjata itu mula berkuat kuasa pada 24 Jun.