MatchPoint Times

Home

Azam sedia disiasat jawatankuasa bebas isu pemilikan saham

Cover Image for Azam sedia disiasat jawatankuasa bebas isu pemilikan saham

Ketua pesuruhjaya SPRM berkata beliau tiada perkara disembunyikan dan mengalu-alukan siasatan telus susulan berhubung laporan Bloomberg.

PETALING JAYA: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki bersedia disiasat jawatankuasa bebas berhubung laporan mendakwa beliau memegang 17.7 juta saham dalam sebuah syarikat perkhidmatan kewangan.

Azam dalam kenyataan berkata, beliau tidak mempunyai perkara disembunyikan dan telah membuat pengisytiharan kewangan dan harta selaras peraturan perkhidmatan awam yang berkuat kuasa serta melalui saluran rasmi.

Malah sebagai penjawat awam dan ketua agensi penguatkuasaan, beliau percaya mana-mana individu berdepan dengan dakwaan sewajarnya bersikap terbuka dan bersedia disiasat secara bebas serta telus.

Tags:Azam BakiBloombergpemilikan sahamSPRM


TVET pemacu utama jayakan NIMP 2030

TVET lahir tenaga kerja berkemahiran tinggi dan relevan kehendak industri moden.

🟡Rev Media

I’m open to being probed, says MACC chief

Azam Baki says he has nothing to hide and welcomes any independent probe into allegations related to his shareholdings.

🟡FMT Reporters