PETALING JAYA: Azmin Ali mengumumkan peletakan jawatan sebagai setiausaha agung Perikatan Nasional, bermula 1 Jan 2026.
“Saya mengambil perhatian bahawa pelantikan saya sebagai setiausaha agung PN adalah atas bidang kuasa Pengerusi Muhyiddin Yassin,” katanya di Instagram.
Azmin diumumkan sebagai setiausaha agung PN pada 10 Dis tahun lalu, menggantikan Hamzah Zainudin, yang juga daripada Bersatu.
