MatchPoint Times

Home

Bekas akauntan rugi RM469,875 terpedaya skim pelaburan palsu di TikTok

Cover Image for Bekas akauntan rugi RM469,875 terpedaya skim pelaburan palsu di TikTok

Mangsa berusia 61 tahun pada mulanya tertarik dengan iklan pelaburan saham Bursa Malaysia sebelum dihubungi individu memperkenalkan diri sebagai wakil pelaburan melalui WhatsApp.

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki warga emas berusia 61 tahun kerugian RM469,875 selepas terpedaya dengan skim pelaburan palsu yang diiklankan di media sosial TikTok.

Ketua Polis Johor Bahru Selatan, Raub Selamat, berkata mangsa, seorang bekas akauntan, pada mulanya tertarik dengan iklan pelaburan saham Bursa Malaysia sebelum dihubungi seorang individu yang memperkenalkan diri sebagai wakil pelaburan melalui aplikasi WhatsApp.

“Mangsa kemudiannya dimasukkan ke dalam kumpulan perbualan, diarahkan memuat turun aplikasi tertentu dan melakukan 13 transaksi perbankan antara 8 Okt hingga 28 Nov 2025 ke beberapa akaun bank berbeza yang disyaki berkaitan penipuan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tags:pelaburanPolisTikToktipuwarga emas


Isu 10 ladang: Hasil mesyuarat Felda, FGV dibentang Kabinet esok

Kerajaan Terengganu keluar notis larangan ceroboh tanah diusahakan Felda di 10 ladang didakwa diteroka tanpa bayaran premium, cukai atau kongsi keuntungan lebih 40 tahun.

🟡Bernama

Rakam wanita dalam tandas, penganggur didenda RM4,000

Muhammad Syahmi Mat Ros didakwa melakukan perbuatan itu di dalam tandas wanita yang terletak di tingkat satu sebuah pusat membeli-belah, 20 November lalu.

🟡FMT Reporters