PETALING JAYA: Seorang bekas ketua hakim yang baru bersara mendedahkan bahawa beliau pernah menerima tekanan daripada ‘seorang anggota kanan badan kehakiman’ supaya buat keputusan memihak kepada seorang plaintif yang menyaman kerajaan persekutuan dalam satu kes perlembagaan yang kontroversi.
Abdul Rahman Sebli, yang bersara sebagai ketua hakim Sabah dan Sarawak pada Khamis, mendedahkan perkara itu dalam ucapan perpisahan kepada peguam, pegawai kehakiman dan pegawai undang-undang di Kuching pada Rabu.
Beliau berkata ketika kes itu berlangsung, beliau merupakan hakim Mahkamah Persekutuan dan menyediakan draf penghakiman yang diedarkan kepada enam lagi ahli panel untuk disemak.