PETALING JAYA: Bekas ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Dzulkifli Ahmad menyertai Umno menerusi cawangan Merbau Kudong di bawah bahagian Tasek Gelugor.
Mengetuai badan anti rasuah itu dari Ogos 2016 hingga Mei 2018, Dzulkifli berkata beliau hanya menjadi ahli biasa tanpa sebarang perjanjian dengan rakyat atau pimpinan Umno sendiri, lapor Utusan Malaysia.
Katanya, beliau memilih Umno kerana pernah menjadi dominan suatu ketika dahulu selain berhasrat membawa ‘nafas baharu’ untuk parti milik orang Melayu itu.