PUTRAJAYA: Bekas menteri Sabah, Peter Anthony yang disabitkan atas tuduhan memalsukan dokumen gagal untuk mendapatkan perbicaraan semula selepas Mahkamah Rayuan menolak permohonan semakan difailkannya pada 14 Mac lalu.
Hakim Azman Abdullah yang mempengerusikan panel tiga hakim berkata, tidak berlaku sebarang ketidakadilan berhubung laporan polis yang dibuat saksi pendakwaan, Shukur Din, yang telah dibahaskan secara meluas dalam rayuan akhir tahun lalu.
“(Peter) telah diberikan hak untuk didengar. Permohonan untuk semakan ditolak.