PETALING JAYA: Seorang bekas pengetua madrasah dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan 24 sebatan rotan kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap enam pelajar, tiga tahun lalu.
Hakim Sayani Nor di Mahkamah Sesyen Muar menjatuhkan hukuman ke atas Abdul Hadi Harun, 37, yang mengaku bersalah atas 16 pertuduhan, lapor Harian Metro.
Menurut pertuduhan, Hadi melakukan perbuatan itu terhadap enam lelaki, berusia antara 12 hingga 13 tahun ketika kejadian, di tandas madrasah dan di bilik air sebuah rumah di Batu Pahat, Johor, pada jam 3 pagi dan 7 pagi, serta 10.30 malam, sejak Mei hingga 29 Jun 2022.