PETALING JAYA: Bersih dan sekumpulan pertubuhan masyarakat sivil (CSO) mengemukakan cadangan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai cara memperluaskan undi pos kepada rakyat Sabah yang berada di luar negeri menjelang PRN akan datang.
Dalam kenyataan bersama, NGO berkenaan berkata peluasan itu boleh dimulakan dengan tiga kumpulan utama yang dianggap praktikal untuk dilaksanakan dalam tempoh tiga minggu akan datang.
“Pertama, pelajar universiti awam di luar Sabah, dianggarkan antara 40,000 hingga 50,000 orang; kedua, rakyat Sabah yang sedang dirawat di hospital atau tinggal di rumah jagaan; dan ketiga, calon, ejen pilihan raya, ejen pengundian dan pengiraan, serta mereka yang bertugas dalam pilihan raya negeri,” kata kenyataan itu.
