PETALING JAYA: Pemimpin tertinggi Parti Sosialis Malaysia (PSM) akan memutuskan cadangan, termasuk kemungkinan bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) bagi membentuk pakatan pilihan raya.
Pengerusi PSM Dr Michael Jeyakumar Devaraj bagaimanapun menegaskan mereka akan mengelak bekerjasama dengan mana-mana parti yang memainkan isu kaum dan agama.
“Isu (cadangan kerjasama dengan PN) akan diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa pusat yang akan dipanggil untuk membuat keputusan.
