MatchPoint Times

Home

Bincang, bukan ‘berperang’ selesai tuntutan MA63, tegas PM

Cover Image for Bincang, bukan ‘berperang’ selesai tuntutan MA63, tegas PM

Anwar Ibrahim mengulangi komitmen kerajaan selesaikan tuntutan secara menyeluruh.

PETALING JAYA: Penyelesaian tuntutan dalam Perjanjian Malaysia (MA63) perlu dilaksanakan melalui perbincangan dan rundingan yang rasional bukannya melalui konfrontasi, ‘berperang’ atau perselisihan, tegas Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, kerajaan Madani komited menyelesaikan tuntutan itu secara menyeluruh, antaranya melalui perbincangan dan rundingan dalam Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63 yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof.

“Sekarang pun kita sedang berbincang. Fadillah mengetuai jawatankuasa teknikal, kita adakan mesyuarat untuk bincang bersama. Jika setuju, kita laksanakan; jika tidak, bincang semula dan undi lagi. Inilah cara kita bekerjasama, bukan untuk ‘berperang’,” katanya menurut Bernama pada Program Rancakkan Madani, di Kota Kinabalu.

Tags:Anwar IbrahimMA63Perdana Menteriperlembagaanrasionaltuntutan


MA63 claims must be settled through talks, not confrontation, says PM

Prime Minister Anwar Ibrahim says Putrajaya is committed to resolving the claims under the 1963 Malaysia Agreement comprehensively.

🟡FMT Reporters

Warga Malaysia ditahan polis Thailand berkait kes tipu lebih RM400,000

Suspek dikenali Tan dari Sabah disyaki menyamar sebagai pegawai kerajaan untuk menipu mangsa warga tempatan dan memperoleh wang tunai itu.

🟡Bernama