PETALING JAYA: Kemenangan besar calon muda Barisan Nasional (BN) di Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag isyarat jelas parti itu perlu segera mempersiapkan barisan kepimpinan daripada generasi muda menjelang PRU16, kata penganalisis.
Arvin Tajari dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) berkata, keputusan itu mencerminkan perubahan sikap pengundi Sabah, khususnya golongan muda yang kini membentuk lebih 55% daripada keseluruhan pengundi negeri itu.
Bagaimanapun, Arvin berkata sokongan terhadap calon muda tidak berlaku secara automatik, sebaliknya didorong oleh latar belakang profesional, tahap pendidikan yang baik serta keupayaan calon menyesuaikan diri dengan tuntutan politik semasa.
