MatchPoint Times

Home

Borneo Oil dapat kelulusan lombong emas di Bukit Ibam

Cover Image for Borneo Oil dapat kelulusan lombong emas di Bukit Ibam

Kumpulan berpangkalan di Labuan itu berkata kelulusan membolehkan syarikat itu jalankan aktiviti perlombongan dan pemprosesan emas.

KUALA LUMPUR: Borneo Oil Bhd menerima kelulusan kawal selia daripada Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) untuk menjalankan operasi pembangunan lombong, perlombongan dan operasi pemprosesan emas di kawasan lombong emas berlesen di Bukit Ibam, Pahang.

Kumpulan yang berpangkalan di Labuan itu berkata kelulusan berkenaan diberikan kepada anak syarikat milik penuhnya, Borneo Oil Corporation Sdn Bhd (BOC) di bawah Skim Pengendalian Melombong (OMS) yang diluluskan, membolehkan syarikat menjalankan aktiviti perlombongan dan pemprosesan emas menggunakan kaedah karbon dalam larutan (CIL).

“Kelulusan ini merupakan satu pencapaian penting dalam kawal selia, yang membolehkan Borneo Oil melalui BOC, bergerak ke arah pengeluaran emas berskala komersial di salah satu jalur emas yang diiktiraf secara sejarah di Semenanjung Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Tags:Borneo OilBukit IbamemasJabatan Mineral dan GeosainsJMGperlombongan


Suhaimi Sulaiman lepas jawatan KP penyiaran hujung bulan ini

Beliau berkata itu adalah keputusan peribadi selepas buat pertimbangan terperinci terhadap hala tuju, selain langkah ke fasa baharu dalam hidup.

🟡Bernama

Torrential rain in Colombia kills 22, thousands displaced

Colombian officials confirmed that 14 of the fatalities came in the departments of Cordoba and Sucre, with at least 9,000 homes affected.

🟡AFP