PETALING JAYA: Kanak-kanak perempuan dua tahun sembilan bulan maut selepas dihempap tiang konkrit pagar rumahnya, di Seremban.
Ketua Polis Seremban Mohamad Hatta Che Din, berkata kejadian berlaku kira-kira 7.15 malam semalam, ketika mangsa sedang bermain dengan kakaknya.
“Ketika mereka bermain, tiang pagar yang tidak kukuh itu tumbang dan menghempap mangsa. Ibu kanak-kanak itu bergegas membawanya ke Hospital Tuanku Ja’afar di Seremban sebelum disahkan meninggal dunia pada 9.14 malam.