PETALING JAYA: Pemimpin pembangkang Sarawak mendesak kerajaan negeri mendedahkan jumlah kos projek Kompleks Satria Pertiwi serta perincian kos setiap benda, demi ketelusan.
Butiran tersebut seharusnya merangkumi kos-kos spesifik seperti pembinaan, perabot, landskap, dan yuran perundingan atau reka bentuk, menurut mereka.
Satria Pertiwi, kompleks pentadbiran baharu kerajaan negeri yang juga digelar “White House of Sarawak,” dirasmikan oleh Yang di-Pertua Negeri Wan Junaidi Tuanku Jaafar sempena sambutan hari lahir Premier Sarawak Abang Johari Openg pada 4 Ogos lalu.