MatchPoint Times

Home

Cedera pegawai imigresen, warga China dipenjara sebulan, denda RM2,000

Cover Image for Cedera pegawai imigresen, warga China dipenjara sebulan, denda RM2,000

Wanita dari China itu didakwa tarik tudung serta tolak muka dan kepala pegawai imigresen di KLIA.

SEPANG: Seorang wanita warga China dihukum penjara sebulan dan denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret hari ini selepas mengaku bersalah mencederakan seorang pegawai imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1.

Majistret Khairatul Animah Jelani membuat keputusan itu selepas Fang Fuyuan, 31, mengaku bersalah sebaik tuduhan dibacakan dalam Bahasa Mandarin oleh jurubahasa mahkamah.

Fang didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada Nurdiana Atirah Shapinaz Abdul Rahman semasa beliau melaksanakan tugas rasminya sebagai seorang penjawat awam.

Tags:dendaFang Fuyuankasari pegawai imigresenKhairatul Animah JelaniKLIAMahkamah Majistret Sepangmengaku bersalahpenjarawarga China


Ahli Parlimen PAS digantung 2 hari susulan pertikaman lidah isu Tabung Haji

Ahmad Marzuk Shaary enggan menerima jawapan terhadap soalannya berhubung penjenamaan semula institusi itu oleh syarikat bukan Islam.

🟡Minderjeet Kaur

Bekas pengetua madrasah mengaku bersalah amang seksual enam pelajar

Abdul Hadi Harun dijatuhi hukuman penjara dan sebatan kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap enam pelajar lelaki.

🟡FMT Reporters