MatchPoint Times

Home

Cederakan ibu bapa guna pedang samurai, lelaki diarah jalani penilaian psikiatri

Cover Image for Cederakan ibu bapa guna pedang samurai, lelaki diarah jalani penilaian psikiatri

Hakim mengarahkan Muhammad Aiman Suhaimi yang mengaku tidak bersalah mencederakan ibu bapanya guna pedang samurai supaya dirujuk ke Hospital Bahagia Ulu Kinta.

PETALING JAYA: Mahkamah Sesyen Ipoh mengarahkan lelaki yang didakwa mencederakan ibu bapanya menggunakan pedang samurai hingga parah supaya menjalani penilaian psikiatri.

Bernama melaporkan Hakim Ainul Shahrin Mohamad mengarahkan Muhammad Aiman Suhaimi, 30, yang mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan itu supaya dirujuk ke Hospital Bahagia Ulu Kinta.

Dia didakwa menyebabkan Suhaimi Dawi, 58, dan Shahaliza Ahmad Hashim, 58, cedera parah menggunakan pedang samurai di sebuah rumah di Bandar Baru Putra dalam daerah Kinta pada 6.30 pagi 26 Dis lalu.

Tags:cederaibu bapamengaku tidak bersalahPedang Samuraipenilaian psikiatri


1,390 mangsa banjir berlindung di PPS 3 negeri

Jumlah mangsa di Sarawak meningkat kepada 1,182 orang daripada 301 keluarga setakat 3 petang tadi.

🟡Bernama

Profit-taking drags bursa to end lower on first trading day of 2026

Profit-taking in the local bourse is well anticipated and viewed as a healthy correction to digest the recent uptrend, says analyst.

🟡Bernama