PETALING JAYA: CIMB Group Holdings Bhd menafikan dakwaan yang tersebar dalam talian mengenai pelanggaran data melibatkan pelanggannya, sambil memberikan jaminan bahawa data pelanggan terus dilindungi.
Menerusi platform media sosial X, penyedia perkhidmatan kewangan itu menjelaskan, pasukan keselamatannya telah mengesahkan semua sistem adalah selamat dan data pelanggan kekal dilindungi sepenuhnya, lapor Bernama.
Terdahulu timbul dakwaan mengenai insiden keselamatan siber baharu berisiko tinggi yang menyasarkan sektor kewangan Malaysia, dengan laporan mendakwa berlakunya pelanggaran data yang besar melibatkan pelanggan CIMB Bank.
