SEPANG: Lelaki tempatan ditahan selepas disyaki seludup keluar enam haiwan eksotik dianggarkan RM73,000 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1.
Lelaki berusia 38 tahun yang dalam perjalanan ke India itu ditahan pada 10 malam tadi dalam satu operasi penguatkuasaan dijalankan pasukan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) bersama Pasukan Keselamatan Penerbangan (Avsec).
“Bertindak atas maklumat diterima, dua anggota AKPS KLIA bersama tiga anggota Avsec telah menjalankan pemeriksaan lanjut terhadap bagasi penumpang, selepas pemeriksaan awal melalui mesin pengimbas mendapati terdapat imej mencurigakan menyerupai hidupan liar di dalam bagasi berkenaan.