PETALING JAYA: Kumpulan provape menolak cadangan seorang Ahli Parlimen supaya kerajaan menaikkan cukai cecair rokok elekronik bernikotin dengan gesaan meningkatkan pemantauan membanteras penjualan peranti mengandungi dadah.
Seorang pakar kesihatan awam pula walaupun menyambut baik cadangan itu kerana dapat mengehadkan akses kepada vape, tetap bertegas fokus utama kerajaan adalah mengharamkan peranti yang mempunyai kesan buruk lebih banyak berbanding manfaatnya.

Bercakap kepada FMT, Presiden Pertubuhan Entiti Vape Malaysia (Move), Samsul Kamal Ariffin, berkata cadangan menaikkan cukai dilontarkan Ahli Parlimen Tasek Gelugor Wan Saiful Wan Jan bukan jawapan konkrit untuk mengelakkan salah guna peranti itu.