PETALING JAYA: DAP menggesa kerajaan menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) bagi menyiasat dakwaan beberapa pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terbabit pakatan memaksa pengambilalihan syarikat.
Setiausaha Agungnya, Loke Siew Fook, berkata itu antara tiga keputusan penting dibuat Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP dalam mesyuarat bulanannya malam tadi.
“Kerajaan perlu menangani isu ini dengan berkesan untuk mempertahankan kewibawaan institusi SPRM melalui penubuhan RCI bagi menyiasat secara meyeluruh dakwaan tersebut dan mencadangkan langkah mencegah penyalahgunaan kuasa dalam institusi tersebut,” katanya dalam kenyataan.
