GYEONGJU: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump terus memuji kepimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, susulan kejayaan Malaysia memainkan peranan penting dalam memeterai perjanjian damai antara Thailand dan Kemboja, minggu lepas.
Bercakap pada Sidang Kemuncak Ketua Pegawai Eksekutif Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik, Trump menyifatkan konflik antara kedua-dua negara itu sebelum ini sebagai ‘terlalu panas dengan peluru berterbangan di merata tempat’.
Namun, katanya hasil bantuan dan kebijaksanaan diplomasi Malaysia, rundingan damai berjaya dimuktamadkan di sela-sela Sidang Kemuncak Asean ke-47 dan mesyuarat berkaitan di Kuala Lumpur, Ahad lepas.
