PETALING JAYA: Harga saham DRB-Hicom Bhd merudum hari ini selepas konglomerat dikawal Syed Mokhtar Albukhary itu kembali mencatatkan kerugian pada suku ketiga, susulan prestasi lemah beberapa anak syarikat utamanya.
Saham syarikat itu jatuh sehingga 12% atau 16 sen kepada RM1.14 sebelum meningkat sedikit kepada RM1.17 menjelang rehat tengah hari.
Kira-kira lapan juta saham diniagakan setakat itu. Pada harga itu, nilai pasaran DRB-Hicom dianggarkan berjumlah RM2.28 bilion.
