BRUSSELS: Kesatuan Eropah (EU) mendenda platform media sosial X sebanyak €120 juta (USD140 juta) kerana melanggar peraturan ketelusannya, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Suruhanjaya Eropah menuduh X mengesahkan akaun pengguna dengan tanda semak biru secara mengelirukan, menahan data daripada penyelidik serta gagal mendokumentasikan iklan disiarkan di platform itu dengan telus.
Tegasnya, jumlah denda itu sepadan pelanggaran terbabit ketika membuat pengumuman pada Jumaat.
