PETALING JAYA: Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengarahkan Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) meneliti cadangan rombakan bersesuaian, selepas unit itu didakwa gagal menyampaikan mesej kerajaan kepada orang ramai.
“Saya telah mengarahkan J-Kom meneliti cadangan rombakan bersesuaian untuk memenuhi hasrat supaya maklumat sampai kepada komuniti,” katanya pada sidang media selepas melawat Pusat Media PRN Sabah di Penampang, Sabah.
Fahmi menegaskan pihaknya sentiasa terbuka menerima cadangan dan pandangan untuk menambahbaik penyampaian J-Kom.
