LAHAD DATU: Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi DUN Tungku berkata beliau berazam menjadikan Tungku sebagai daerah penuh sekiranya diberi mandat dalam PRN.
Abdul Hakim Gulam Hassan berkata langkah itu merupakan sebahagian daripada manifesto beliau supaya Tungku, yang kini berstatus sebagai daerah kecil, dapat membangun seiring dengan daerah lain di Sabah.
“Pada masa sama, masih banyak keperluan dari segi infrastruktur termasuk capaian kemudahan Internet di beberapa kawasan di Tungku yang sukar diperoleh, akan diperbaiki,” katanya kepada Bernama, pada sesi ramah mesra bersama pengundi.
