PETALING JAYA: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menganggap sekatan oleh Fifa tidak seimbang selepas rayuannya ditolak Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) berhubung kes pemalsuan dokumen melibatkan tujuh pemain naturalisasi.
FAM berkata ia mengambil tanggungjawab atas ‘kegagalan pengawasan’ semasa prosiding di CAS, namun jumlah denda sebanyak 350,000 franc Swiss (kira-kira RM1.8 juta) adalah tidak adil.
“Walaupun FAM menghormati kuasa CAS, kami berpendapat bahawa sekatan yang dikenakan kelihatan tidak seimbang, terutamanya jika dibandingkan dengan sekatan dalam kes serupa yang pernah diputuskan oleh CAS.
