WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, berkata fasa kedua pelannya untuk Gaza “akan berlaku dalam masa terdekat”, lapor Anadolu Ajansi.
Ditanya bila fasa kedua itu akan bermula, Trump mengelak soalan berkenaan dan hanya berkata keadaan “berjalan dengan baik”.
“Mereka menghadapi masalah hari ini apabila bom meletup – mencederakan beberapa orang dengan teruk, mungkin membunuh beberapa orang,” katanya di Rumah Putih merujuk serangan Israel di selatan Semenanjung Gaza yang mengorbankan sekurang-kurangnya lima rakyat Palestin lewat Rabu, sekali gus melanggar gencatan senjata antara Israel dan kumpulan Palestin Hamas.
