KUALA LUMPUR: Bekas setiausaha politik kanan perdana menteri Shamsul Iskandar Akin memberi amaran akan mengambil tindakan terhadap pihak yang membuat komen melampaui batas termasuk di media sosial berhubung kes rasuah dihadapinya.
Perkara itu dimaklumkan peguamnya, Yusmadi Yusoff, yang menegaskan kes itu baru bermula dan orang ramai tidak sewajarnya membuat spekulasi, sebaliknya menyerahkan kepada mahkamah untuk menentukan.
“Tak perlu kita berspekulasi kerana saya lihat banyak juga komen agak melampaui batas dan saya tidak teragak-agak untuk melihat mana-mana komen yang melampaui daripada apa yang sepatutnya.
